Tajuk yang saya pilih untuk penyelidikan tahun akhir saya ailah kempen kitar semula dalam animasi.
Pengenalan umum
Pengenalan umum
Pembangunan negara yang semakin hari semakin pesat membangun menyebabkan jumlah sisa pepejal yang diterima semakin meningkat seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Penggunaan teknologi yang canggih pelbagai barangan baru dapat dihasikan untuk memenuhi pemintaan pengguna. Penggunaan pelbagai barangan ini menyebabkan penjanaan sisa pepejal semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tanpa disedari jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan juga turut meningkat.
Masalah pertambahan sisa pepejal ini harus diatasi kerana jumlah tapak pelupusan di negara kita semakin berkurangan, disamping itu juga kos pengendalian dan pengurusan semakin meningkat. Keadaan ini perlu di pandang serius kerana pelupusan sisa pepejal yang tidak sempurna menyebabkan pembiakan vektor utama dan penularan penyakit yang merbahaya kepada masyarakat.
Definisi kitar semula
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, kitar semula bermaksud benda seperti surat khabar dan botol kaca yang diproses supaya dapat digunakan semula dan menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
"3R adalah satu set kelakuan untuk menjana gaya hidup yang mapan dalam
menjamin masa depan kehidupan generasi akan datang. Dalam gaya hidup
sekarang, kita memang perlu mengamalkan konsep 3R untuk mengimbangi apa
yang kita gunakan," kata Eksekutif Kanan, Jabatan Perancangan Operasi Alam
Flora, Mohd Izham Mohd Ilhan.(Harian Metro 22 April 2004)
menjamin masa depan kehidupan generasi akan datang. Dalam gaya hidup
sekarang, kita memang perlu mengamalkan konsep 3R untuk mengimbangi apa
yang kita gunakan," kata Eksekutif Kanan, Jabatan Perancangan Operasi Alam
Flora, Mohd Izham Mohd Ilhan.(Harian Metro 22 April 2004)
Definisi kempen
‘Kempen’ menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah segala usaha kegiatan dan tindakan yang dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan peneranga, rayuan dan lain-lain untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap sesuatu matlamat dan lain-lain
Definisi animasi
Definisi animasi diambil dari kamus Oxford bererti filem yang seolah hidup, dihasilkan dari teknik fotografi, gambaran, boneka, dan sebagainya dengan perbezaan tipis antara frames, untuk memberi kesan pergerakan saat dihasilkan (The Little Oxford Dictionary 19).
Animasi sendiri berasal dari kata 'to animate' yang bererti menggerakkan atau menghidupkan. contohnya sesuatu objek yang pegun, dapat digerakkan melalui perubahan sedikit demi sedikit dan teratur sehingga memberikan kesan hidup. Animasi adalah proses penciptaan efek gerak atau efek perubahan bentuk yang terjadi selama beberapa waktu. Animasi juga merupakan suatu teknik menampilkan gambar berurut sedemikian rupa sehingga penonton merasakan adanya ilustrasi gerakan (motion) pada gambar yang ditampilkan.
Permasaalahan kajian
Pusat kitar semula adalah salah satu alternative yang baik yang disediakan oleh pihak kerajaan tempatan di merata tempat, bertujuan untuk memberi kemudahan kepada masyarakat untuk membuang bahan buangan yang boleh dikitar semula. Namun, kesedaran masyarakat bagi mengasingkan bahan buangan dan sisa pepejal masih ditahap yang mengecewakan. Bayak pusat- pusat kitar semula masih tidak berfungsi.
Peningkatan taraf sosioekonomi dan pertambahan penduduk merupakan faktor utama peningkatan bahan buangan dan sisa pepejal. Walaubagaimanapun keluasan tapak dan kapasiti tapak pelupusan yang terhad. Di malaysia hanya 20 -150 ekar tapak pelupusan tetapi bahan buangan dan sisa pepejal yang bayak melebihi kapasiti tanggungan.
Kempen kitar semula merupakan salah satu isu pemeliharaan alam sekitar kerana banyak membantu dalam menyelesaikan masalah pencemaran. Namun, ramai di kalangan masyarakat yang kurang perihatin terhadap masalah kitar semula ini walaupun ia merupakan tanggungjawab bersama.
Objektif kajian
Mengenalpasti kempen kitar semula terhadap persekitaran.
Mengkaji kempen kitar semula terhadap persekitaran.
Menghasikan video kempen kitar semula dalam bentuk animasi.
Mendapatkan validasi terhadap video yang dihasilkan.
Hipotesis
Kempen Kitar semula memainkan peranan penting kepada masyarakat kerana dapat mencegah dari pembiakan penyakit yang berbahaya disamping membantu kadar pencemaran alam sekitar dari pembuangan sampah yang tidak sistematik dan menjimatkan sumber tenaga serta menghasilkan tenaga baru melalui teknik tertentu. Dengan kempen kitar semula ini juga membantu pengurangan sisa buangan sekali gus dapat mengurangkan isipadu sampah di pusat pelupusan dan sebagai altenatif penting untuk mengatasi masalah tapak pelupusan yang semakin berkurangan.
Skop kajian
Kajian ini bertujuan untuk menilai dan mengaji keberkesanan kitar semula di pusat kitar semula di kawasan pentadbiran pembandaran Kota Samarahan Sarawak. Pengkaji juga memberi tumpuan kajian terhadap beberapa pusat kitar semula yang berlainan seperti sekolah , pusat-pusat membeli belah dan terminal bas yang terletak di kawasan kajian.
bagus...
ReplyDelete